Tuesday, October 6, 2009

Cermin mata baru


Dua hari ni...aku dah mula menyesuaikan diri bali menggunakan cermin mata.....heheeh......berbulan juga aku tak pakai cermin mata...hinggakan ada yang hampir terlupa aku sememangnya menggunakan cermin mata...Semuanya gara-gara cermin mataku hilang tak dapat dikesan..
Aku memang pelupa sekarang ni... silap aje letak barang aku dah tak ingat di mana aku simpan....
Cermin mataku sebelum ini juga pernah hilang berbulan lamanya... akhirnya aku jumpa di belakang rak pinggan dekat bilik air...barangkali sebelum mandi...aku letakkan di situ dan jatuh di belakang rak pinggan. Tapi paling aku tak boleh maafkan diri sendiri bila cermin mataku terlupa nak ambil semasa berhenti makan di RnR Tapah....waktu aku belajar di UPSI dulu.... Aku selalu tanggalkan bila nak makan atau nak minum....
Harga sepasang cermin mata hari ini bukanlah murah seperti zaman persekolahan dulu.....bingkai sahaja dah beratus....cermin pula kalau multi coted...dah berganda harganya... Mula-mula aku cadang nak ambil yang biasa-biasa...dengan budget di bawah rm 200...tapi rupanya dengan usia sebegini.... pandangan jauh dan dekat dah sama bermasaalah... Jadi terpaksalah ambil package yang ada keduanya.... Aduhhh..... susahnya menjadi tua...semua naik harga...hahhahah..
Tapi paling tak tahan.... komen beberapa orang anak murid dan anak aku sendiri...cikgu nampak tak cutelaa...pakai cermin mata. Anak aku pulak kata....Mak nampak garang...hehehe dan lebih melucukan...sekecik aku kata... Mak nampak macam orang tua....( Memang dah tua pun....hahhaha )
Apa-apa pun azamku kali ini, tak mahu menghilangkan lagi cermin mataku ini....biarlah orang kata aku tak lawake...dah tuake...aku akan tetap pakai....( kalau aku pokai nak buat baru lagi...hahhaha )








Saturday, August 22, 2009

Pertandingan kain rentang patriotik...






















Hampir setiap tahun pertandingan kain rentang sempena bulan patriotik di adakan..tapi tahun ini sambutan kurang memberangsangkan. Hanya tujuh unit persatuan sahaja yang menyertai. Barangkali pelajar dah bosan dengan pertandingan ini setiap tahun..mungkin format pertandingan kena ditukar tahun depan. Dalam 7 pasukan yang menyertai...hanya 4 yang mencapai hasrat dan tujuan tema...Satu Malaysia, Rakyat didahulukan ....Barangkali pelajar tak faham maksud satu Malaysia..!!!









Friday, July 24, 2009

berkongsi maklumat..

Sekian lama menulis di blog tiba-tiba terlintas di kepala untuk berkongsi maklumat apa-apa je di blog ini samada, tentang seni, sekolah, motivas mahupun e-book..mungkin boleh dimanfaatkan untuk semua.

Sunday, June 21, 2009

Perkemahan Perdana 2009...sudut kreatif.



pasukan PBSM pasukan puteri islam.






Seronoknya dia....pasukan pandu puteri sekolah..

Perkemahan Perdana 2009...sudut kreatif.


Friday, June 5, 2009

minat anak harapan ayah....

Assalamualaikum...
dah lama juga aku tak menulis...Aku pernah baca, kalau hari-hari menulis..lama-lama boleh jadi penulis... Aku ingin juga nak jadi penulis...tapi aku ni selalunya angan-angan taik ayam..hehhe. Nak melukis pun pun camtu...beli berus, kanvas, warna...alih-alih...tinggal begitu je...
Hari ni aku nak kongsi satu cerita tentang seorang anak murid aku....Pelajar baru enam rendah.
Dia memang pelajar baru.. Kebetulan sewaktu aku memberi penerangan tentang sukatan pelajaran seni visual tingkatan 6, dia baru mendaftarkan diri. Sebelum ni dia pelajar sebuah sekolah menengah teknik. Selepas sessi penerangan aku..pelajar ini datang bertanya lagi tentang subjek seni visual. Dari pengamatan aku..pelajar ni memang tampan, smart looking tapi agak lembut ...
Pelajar ini begitu bercita-cita hendak menjadi pereka fesyen...tetapi bila kutanya, berapa gred yang diperolehi semasa spm utk matapelajaran Pendidikan seni visual..rupanya dia tak ambil. Sewaktu di tingkatan 4, dia disuruh masuk ke sekolah teknik. Dari penampilan dan gayanya aku rasa bapanya tak mahu dia ambil Pendidikan Seni. Sebab tak mahu dia meneruskan minatnya dalam bidang fesyen...
Aku sebenarnya kesian dengan pelajar-pelajar sebegini. Dianiaya kerana prajudis ibubapa yang tak faham maksud fesyen yang sebenarnya. Aku dulu pun pernah juga di tawarkan ambil jurusan fesyen, oleh pensyarah sewaktu pemilihan masuk department...Tapi waktu tu aku rasa otak aku bodoh betul...sempit pemikiran. Aku tak nampak masa depan dengan fesyen...
Bila aku menganggor dan duduk dengan mak bapak di kampung setelah desakan ekonomi masa tu....baru aku sedar, betapa bagusnya kalau aku ambil jurusan fesyen. Modal yang perlu hanyalah sebijik mesin jahit, benang , jarum, dan beberapa alat yang perlu untuk jahitan...Permintaan untuk pakaian memang ada setiap hari tanpa ada sekatan.. Dah tu meletup pulak fesyen menutup aurat hari ni...macam-macam....Bayangkan...dengan modal sebiji mesin jahit dah boleh buka kedai jahit....Pelanggan ??? Graduate ITM...tak kan orang tak percaya nak hantar baju untuk dijahit.
Memanglaa..bunyinya tak jauh beza dengan tukang jahit...tapi untuk permulaan tak semestinya kita dah buka butik macam Rizalman. Lagipun kalau namapun ex student art design..kreativiti mesti ada punya...
Berbalik kepada pelajar tadi...aku cuma boleh nasihat kepadanya..cubala ambil seni visual untuk STPM tahun depan....cuma setahun setengah je....yuran masih yuran sekolah. tak perlu hutang PTPTN...macam budak2 yang ambil diploma.. lepas tu boleh terus ambil ijazah mana-mana universiti...terpulangla lepas tu nak ambil jurusan apa pun..kalau nak terus bidang fesyen..boleh la ke Uitm. Kolej swasta pun banyak..di Ipoh PIA pun ada... Lim Kok wing pun ada..( siap duit aje )..dan byak lagi...
Dan kalau ayahnya masih tak suka...aku nasihatkan, buatla macam Chef Wan kita yang terkenal...Ambil jurusan Accauntacy...dapat ijazah...kerja..lepas tu ambil bidang masakan pula....dan sekarang jadi tukang masak terkenal...apa susah..hidup ini kita yang atur...
Tapi kalau nak ambil jalan senang jadi cikgu je macam aku...heheh..tiap bulan tahu ada gaji je .. Nak jadi penulis entah ke mana...nak jadi pelukis pun sekerat jalan......Nak jadi tokeh batik entah tahun bila la pulak....Mungkin ini Qada dan Qadar aku...Macam anugerah yang aku dapat sempena hari guru...Guru MOtivator...hahhaha bunyi hebat...apa-apa pun syukurlah atas rezeki yang Allah bagi..walau hutang keliling pinggang ...tapi masih happy begini. Tak perlula nak mimpi hebat sampai jadi jutawan...kalau terkejar ke sana sini...jumpa anak-anak pun tak tentu lagi...oklah..bye chow dulu.

Sunday, February 8, 2009

Politik Perak

Hari ini ada lagi kisah tentang politik di Perak...Dalam suratkhabar, dalam berita tv...semua ada..
Secara peribadi, aku suka sangat bila barisan Nasional kembali memegang tampok pemerintah kerajaan Perak.....Walaupun aku bukan orang politik yang aktif, tapi aku melihat senario kepimpinan permerintah sebelum ini begitu memualkan. Macam wayang kulit. Tok dalang bercerita, orang lain yang pukul gendang, tukang tepok tangan orang lain.
Rasionalnya , bukan semua orang boleh memimpin, apatah lagi menjadi pentadbir negeri....kita kena ingat, sedang jadi ketua keluarga, ramai yang gagal. inikan pula menjadi Menteri Besar.
Yang aku sedih bila melihat demontrasi jalanan di depan istana...yang memalukan semuanya orang Melayu, aduh...mana perginya akal yang waras. Nanti bila ditahan ISA salahkan kerajaan BN. Hang merusuh buat kacau buat apa...apa yang dapat. dapat susah lagi. Tak pikirke anak bini, keluarga...?????
Semua orang kenal Sultan Perak..Sultan yang berpendidikan tinggi, bijaksana, mantan Ketua Hakim. Baginda lagi arif tentang undang-undang dari kita yang ada. Apa pasal nak ikut cakap karpal singha yang tak sedar diri tu.....dah la sombong , angkuh, besar kepala, macam dia je yang betul....
Wahai rakyat Perak....sedarlah...semua ini ketentuan Allah juga.Allah tentukan semua ini tentu ada sebabnya......Tahniah kepada Datuk Dr Zambry, Menteri Besar baru perak....aku pecaya beliau boleh menjalankan tugas dengan baik. semoga Perak aman sejahtera selepas ini. Amin...