Sunday, June 21, 2009

Perkemahan Perdana 2009...sudut kreatif.



pasukan PBSM pasukan puteri islam.






Seronoknya dia....pasukan pandu puteri sekolah..

Perkemahan Perdana 2009...sudut kreatif.


Friday, June 5, 2009

minat anak harapan ayah....

Assalamualaikum...
dah lama juga aku tak menulis...Aku pernah baca, kalau hari-hari menulis..lama-lama boleh jadi penulis... Aku ingin juga nak jadi penulis...tapi aku ni selalunya angan-angan taik ayam..hehhe. Nak melukis pun pun camtu...beli berus, kanvas, warna...alih-alih...tinggal begitu je...
Hari ni aku nak kongsi satu cerita tentang seorang anak murid aku....Pelajar baru enam rendah.
Dia memang pelajar baru.. Kebetulan sewaktu aku memberi penerangan tentang sukatan pelajaran seni visual tingkatan 6, dia baru mendaftarkan diri. Sebelum ni dia pelajar sebuah sekolah menengah teknik. Selepas sessi penerangan aku..pelajar ini datang bertanya lagi tentang subjek seni visual. Dari pengamatan aku..pelajar ni memang tampan, smart looking tapi agak lembut ...
Pelajar ini begitu bercita-cita hendak menjadi pereka fesyen...tetapi bila kutanya, berapa gred yang diperolehi semasa spm utk matapelajaran Pendidikan seni visual..rupanya dia tak ambil. Sewaktu di tingkatan 4, dia disuruh masuk ke sekolah teknik. Dari penampilan dan gayanya aku rasa bapanya tak mahu dia ambil Pendidikan Seni. Sebab tak mahu dia meneruskan minatnya dalam bidang fesyen...
Aku sebenarnya kesian dengan pelajar-pelajar sebegini. Dianiaya kerana prajudis ibubapa yang tak faham maksud fesyen yang sebenarnya. Aku dulu pun pernah juga di tawarkan ambil jurusan fesyen, oleh pensyarah sewaktu pemilihan masuk department...Tapi waktu tu aku rasa otak aku bodoh betul...sempit pemikiran. Aku tak nampak masa depan dengan fesyen...
Bila aku menganggor dan duduk dengan mak bapak di kampung setelah desakan ekonomi masa tu....baru aku sedar, betapa bagusnya kalau aku ambil jurusan fesyen. Modal yang perlu hanyalah sebijik mesin jahit, benang , jarum, dan beberapa alat yang perlu untuk jahitan...Permintaan untuk pakaian memang ada setiap hari tanpa ada sekatan.. Dah tu meletup pulak fesyen menutup aurat hari ni...macam-macam....Bayangkan...dengan modal sebiji mesin jahit dah boleh buka kedai jahit....Pelanggan ??? Graduate ITM...tak kan orang tak percaya nak hantar baju untuk dijahit.
Memanglaa..bunyinya tak jauh beza dengan tukang jahit...tapi untuk permulaan tak semestinya kita dah buka butik macam Rizalman. Lagipun kalau namapun ex student art design..kreativiti mesti ada punya...
Berbalik kepada pelajar tadi...aku cuma boleh nasihat kepadanya..cubala ambil seni visual untuk STPM tahun depan....cuma setahun setengah je....yuran masih yuran sekolah. tak perlu hutang PTPTN...macam budak2 yang ambil diploma.. lepas tu boleh terus ambil ijazah mana-mana universiti...terpulangla lepas tu nak ambil jurusan apa pun..kalau nak terus bidang fesyen..boleh la ke Uitm. Kolej swasta pun banyak..di Ipoh PIA pun ada... Lim Kok wing pun ada..( siap duit aje )..dan byak lagi...
Dan kalau ayahnya masih tak suka...aku nasihatkan, buatla macam Chef Wan kita yang terkenal...Ambil jurusan Accauntacy...dapat ijazah...kerja..lepas tu ambil bidang masakan pula....dan sekarang jadi tukang masak terkenal...apa susah..hidup ini kita yang atur...
Tapi kalau nak ambil jalan senang jadi cikgu je macam aku...heheh..tiap bulan tahu ada gaji je .. Nak jadi penulis entah ke mana...nak jadi pelukis pun sekerat jalan......Nak jadi tokeh batik entah tahun bila la pulak....Mungkin ini Qada dan Qadar aku...Macam anugerah yang aku dapat sempena hari guru...Guru MOtivator...hahhaha bunyi hebat...apa-apa pun syukurlah atas rezeki yang Allah bagi..walau hutang keliling pinggang ...tapi masih happy begini. Tak perlula nak mimpi hebat sampai jadi jutawan...kalau terkejar ke sana sini...jumpa anak-anak pun tak tentu lagi...oklah..bye chow dulu.