Sunday, February 8, 2009

Politik Perak

Hari ini ada lagi kisah tentang politik di Perak...Dalam suratkhabar, dalam berita tv...semua ada..
Secara peribadi, aku suka sangat bila barisan Nasional kembali memegang tampok pemerintah kerajaan Perak.....Walaupun aku bukan orang politik yang aktif, tapi aku melihat senario kepimpinan permerintah sebelum ini begitu memualkan. Macam wayang kulit. Tok dalang bercerita, orang lain yang pukul gendang, tukang tepok tangan orang lain.
Rasionalnya , bukan semua orang boleh memimpin, apatah lagi menjadi pentadbir negeri....kita kena ingat, sedang jadi ketua keluarga, ramai yang gagal. inikan pula menjadi Menteri Besar.
Yang aku sedih bila melihat demontrasi jalanan di depan istana...yang memalukan semuanya orang Melayu, aduh...mana perginya akal yang waras. Nanti bila ditahan ISA salahkan kerajaan BN. Hang merusuh buat kacau buat apa...apa yang dapat. dapat susah lagi. Tak pikirke anak bini, keluarga...?????
Semua orang kenal Sultan Perak..Sultan yang berpendidikan tinggi, bijaksana, mantan Ketua Hakim. Baginda lagi arif tentang undang-undang dari kita yang ada. Apa pasal nak ikut cakap karpal singha yang tak sedar diri tu.....dah la sombong , angkuh, besar kepala, macam dia je yang betul....
Wahai rakyat Perak....sedarlah...semua ini ketentuan Allah juga.Allah tentukan semua ini tentu ada sebabnya......Tahniah kepada Datuk Dr Zambry, Menteri Besar baru perak....aku pecaya beliau boleh menjalankan tugas dengan baik. semoga Perak aman sejahtera selepas ini. Amin...